Deskripsi

Kursus di Sifoo.com pertama kali dianjurkan di dalam tahun 2001 iaitu setahun selepas laman web Sifoo.com dilancarkan secara rasminya di persada internet Malaysia. Semua ini adalah lanjutan daripada sambutan yang menggalakkan terhadap perkongsian teknik dan tutorial grafik dan multimedia di dalam Sifoo.com.

Kini, setelah hampir 10 tahun, kami masih lagi menganjurkan kursus-kursus grafik dan multimedia secara terbuka di hujung minggu. Kursus-kursus seperti Reka Photoshop, Illustrator, Dreamweaver, InDesign, Fotografi dan Flash sentiasa mendapat sambutan daripada peserta. Dengan barisan trainer yang berpengalaman luas di dalam industri, kami terus berharap untuk mempersembahkan dan menganjurkan kursus-kursus yang berkualiti serta bermanfaat bagi setiap peserta.

Kebanyakan kursus kami dijalankan di sekitar Lembah Klang. Walau bagaimana pun, kami juga akan cuba menyusun beberapa kursus di luar Lembah Klang seperti yang pernah dijalankan di Pulau Pinang (USM) dan Johor (UTM).