Pengajar

Kami mempunyai barisan tenaga pengajar yang berpengalaman luas di dalam industri grafik dan multimedia di samping mempunyai kemahiran mengajar. Kami percaya bahawa tidak semua yang mempunyai pengalaman di dalam industri mampu mengajar dengan baik. Jadi, amat penting bagi kami membariskan trainer yang mempunyai pengalaman yang luas dan mempunyai kemahiran mengajar yang sangat baik.

Berikut adalah barisan pengajar utama di Sifoo.com:

Imran Abdul Jabar (Pengasas Sifoo.com):
facebook.com/imranabduljabar
Beliau telah menceburi bidang rekabentuk grafik dan laman web sejak daripada 1997 lagi. Pernah berkhidmat sebagai perekabentuk grafik dan multimedia di beberapa syarikat. Kini, beliau menumpukan sepenuh masanya kepada menguruskan Sifoo.com dan mengendalikan kursus berkaitan grafik & multimedia.

Kursus: Photoshop, Illustrator, InDesign, Dreamweaver, Reka Web, WordPress, Flash, Fotografi.

Muhammad Azmi Zulkafli:
facebook.com/azmi.zulkafli
Beliau merupakan antara krew Sifoo.com yang aktif sejak tahun 2002 lagi. Perjalanan kerjaya beliau banyak terkhusus di dalam bidang rekabentuk grafik dan laman web serta fotografi. Kini, beliau aktif di dalam bidang latihan (kursus) dan membuat kerja-kerja freelance secara sepenuh masa.

Kursus: Illustrator, Photoshop.

Raja Mohd Hanafi Raja Ishak:
facebook.com/hanafi.ishak

Beliau mula menyertai sifoo.com pada tahun 2002 dan merupakan salah seorang pengendali di forum sifoo.com.  Memiliki diploma dalam bidang rekabentuk grafik di salah sebuah kolej swasta dan berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam bidang grafik. Kini, beliau melakukan kerja-kerja rekabentuk grafik dan fotografi sepenuh masa bertempat di Bandar Baru Bangi.

Kursus: Illustrator, Photoshop.


Ahmad Rithauddin:
facebook.com/rithauddin

Beliau seorang yang arif dalam bidang video kamera dan fotografi kerana telah menceburi bidang ini sejak awal lagi. Pengalaman kerjaya di dalam bidang produksi video dan fotografi di dalam sebuah kolej swasta tempatan banyak membantu beliau semasa berkongsi di dalam kursus yang dikendalikannya. Beliau juga aktif di dalam fotografi perkahwinan.

Kursus: Fotografi